Tika pengembaraan ini bermula,
Hadirmu ditemani kegusaran,
Memikul beban sepanjang masa,
Mengira harta yang dikorbankan,
Kerna memikirkan hati yang dipisahkan benua,
Hadirmu ditemani kegusaran,
Memikul beban sepanjang masa,
Mengira harta yang dikorbankan,
Kerna memikirkan hati yang dipisahkan benua,
Hingga...
Dudukmu bagai di lapisi bara,
Berdiri bagai di ikat pohon cemara,
Berjalan dan berlari tiada beza,
Beradu persis ayam laga,
Hatimu merah bagai saga,
Berdiri bagai di ikat pohon cemara,
Berjalan dan berlari tiada beza,
Beradu persis ayam laga,
Hatimu merah bagai saga,
Sabarlah...
Kita merancang,
Yang Esa juga merancang,
Sesungguhnya Dialah sebaik-baik perancang,
Yang Esa juga merancang,
Sesungguhnya Dialah sebaik-baik perancang,
Teman-ku,
Tika kapal berlayar pantas,
Dirimu kaku,
Hatimu panas,
Fikiranmu buntu,
Percaturanmu dicantas,
Dirimu kaku,
Hatimu panas,
Fikiranmu buntu,
Percaturanmu dicantas,
Maaf...
Kerna ku menjadi saksi,
Melihat dikau beraksi,
Hanya tulus menabur janji,
Tapi diriku bagai si mati,
Kerna ku menjadi saksi,
Melihat dikau beraksi,
Hanya tulus menabur janji,
Tapi diriku bagai si mati,
Sabarlah...
Kita merancang,
Yang Esa juga merancang,
Sesungguhnya Dialah sebaik-baik perancang,
Yang Esa juga merancang,
Sesungguhnya Dialah sebaik-baik perancang,
Teman-ku,
Tika kapal mampir berlabuh,
Dikau persis nakhoda kehidupan,
Mengerah keringat dan tubuh,
Mengenal erti kebahagiaan,
Menghargai makna pengembaraan,
Mengajar-ku tentang pengorbanan,
Dikau persis nakhoda kehidupan,
Mengerah keringat dan tubuh,
Mengenal erti kebahagiaan,
Menghargai makna pengembaraan,
Mengajar-ku tentang pengorbanan,
Gembiralah...
Hadirmu ditemani kegusaran,
Kembaramu bersama pengalaman,
Kembalimu membawa seribu harapan,
Diri-ku cemburu dalam kerinduan,
Hadirmu ditemani kegusaran,
Kembaramu bersama pengalaman,
Kembalimu membawa seribu harapan,
Diri-ku cemburu dalam kerinduan,
Yakinlah...
Kita merancang,
Yang Esa juga merancang,
Sesungguhnya Dialah sebaik-baik perancang,
Perancangan-Nya belum pernah menghampakan.
Yang Esa juga merancang,
Sesungguhnya Dialah sebaik-baik perancang,
Perancangan-Nya belum pernah menghampakan.
-Rafeed Kabeer-
Puisi kali ini merupakan kisah adaptasi daripada kembara penulis bersama sahabat-sahabat lain ke luar negara untuk menuntut ilmu. Berada di perantauan bukan sahaja menggamit kerinduan akan tanah air, bahkan, ia juga dipenuhi dengan liku-liku cabaran. Setiap satu yang merantau akan berdepan dengan liku cabaran yang tersendiri.
Puisi ini berkisarkan liku cabaran yang dihadapi sahabat penulis. Mereka hadir dengan harapan setinggi gunung, tidak disangka, laluan ke puncaknya dipenuhi dengan sembilu. Memulakan langkah dengan kesempitan harta dan tempat berpaut, ditambah lagi dengan dugaan di dalam dan seberang benua. Menyebabkan langkah sehariannya tidak bermaya sedangkan hatinya membara.
Akan tetapi, segala onak dan duri diredah, rotan yang tegak dilentur sehingga mengikut acuannya. Berbekalkan tulang empat kerat dan muka yang tebal, segala bentuk kerja di usahakan, demi menjaga keluarga tersayang. Hari demi hari, dirinya beransur berubah. Jika dulu mukanya suram, kini ia bersinar dengan senyuman. Jika dahulu hatinya panas membara, kini lapang dan nyaman. Jika dahulu menghambur cacian, kini dia menabur bakti dan nasihat. Jika dahulu beliau hadir dengan kebuntuan, kini beliau kembali dengan kemenangan.
Kehadiran beliau mengajar erti kemanusiaan kepada kami semua. Kita sangka beliau dalam kesusahan, rupanya Allah menyediakan beliau untuk kemenangan.

No comments:
Post a Comment