Hamba ini...
Bagai pungguk rindukan bulan,
Mencari dahan di puncak awan,
Kala menunggu Sang rembulan,
Memantulkan cahaya di tabir kegelapan.
Walaakin...
Rindu pungguk hanya luaran,
Kekal bersama jasad badan,
Rindu rembulan bukan pada keduniaan,
Hanya untuk Illahi yang berkekalan.
Wahai Sang Puteri,
Hamba ini...
Umpama Pemuitis yang sunyi,
Menyusun kata menjadi puisi,
Menyimpul rangkap membentuk hati,
Agar indah untuk Sang Puteri.
Walaakin...
Puisi digarap dalam impian,
Hanya kekal menjadi angan-angan,
Kerana Sang Puteri sudah berteman,
Menjadikan Al-Quran sumber pedoman.
Wahai Sang Puteri,
Hamba ini...
Seperti Pengembara yang sedang mencari,
Meninggalkan hati dan Pencinta diri,
Demi ilmu dan sekelumit rezeki,
Agar hidup diberkati Illahi.
Walaakin,
Kenapa Sang Puteri bermuram durja?
Adakah kerana rindu hamba bertukar hampa?
Atau mungkin puisi hamba tidak berharga?
Atau hanya cemburu Sang Puteri menguasai minda?
Wahai Sang Puteri,
Bukankah kita telah berjanji?
Cinta dan rindu hanya kerana Illahi,
Kasih dan sayang bila sahih suami dan isteri,
Cemburu dan manja hanya untuk Raja dan Permaisuri,
Summa...
Bersabarlah wahai Sang Puteri,
Lii anna...
Sang Puteri belum menjadi Permaisuri.
-Rafeed Kabeer-
-Rafeed Kabeer-
Puisi kali ini berkisarkan pengalaman sahabat yang sedang bertunang. bermula dengan perkenalan yang ringkas seterusnya membawa kepada pertemuan empat mata di antara pihak lelaki dan perempuan. Berbekalkan keikhlasan dan perjanjian di antara dua keluarga, maka terikatlah pertunangan di antara dua sahabat. Tempoh pertunangan yang berlalu tidak sepi dengan asam garam cemburu.
Sesungguhnya dunia teknologi masa kini menambah cabaran pertunangan beliau. Dek kesibukan menunaikan tanggungjawab syarikat dan kewajipan menunaikan kerja di luar waktu dan luar negeri, deringan dan pesanan ringkas sering terlepas atau terlena. Jika pada awalnya, deringan dan pesanan penuh dengan ayat-ayat berkasihan, semakin hari ia bertukar menjadi ayat-ayat cemburuan.
Dugaan pertunangan, setiap yang melaluinya ada pelbagai episod dan musim. Masa berdetik, semakin hari semakin dirasakannya pantas dan penuh dengan kerisauan. Keresahanya bertukar kepada panik, sungguh tubuhnya hanya tinggal kepompong...dalamnya kosong dan gelap. hari-demi hari, pelbagai usaha dilancarkan untuk memujuk si buah hati. Maka penulis hadiahkan sehelai puisi untuk bekalan sahabat mengatur strategi. Sesungguhnya Allah lah yang lebih mengetahui.
Sesungguhnya pertunangan adalah proses untuk dua individu mengenal hati budi. Batasan-batasan di antara dua bukan muhrim belum lagi diangkat dengan akad. Maka tiada sebab untuk mereka yang bertunang berpacaran bak suami isteri. Ia sepatutnya dipenuhi dengan persedian dalam bentuk ilmu dan hati. Sebelum menerima dan menjaganya untuk sekian masa. Puisi ini mengadu kepada kedua empunya hati, agar mencari sayang dan perhatian dengan jalan yang suci.
Mendalam sekali puisinya. Syahdu terasa. Menerawang sebentar daku ke alam sukma. Bersimpang siur menyingkap tirai masa. Dahulu daku juga sepertimu , seorang di timur seorang di barat. Masa seakan mengejek dan menduga. Perit sungguh menanggung derita. Oh. Andai dapat ku lajukan masa , ku ingin di sisimu sentiasa.
ReplyDeleteSekian ulasan haji. :)
.
.
.
Salam kenal. Haji masih baru dalam dunia blogging. Mohon tunjuk ajar. Tq
terima kasih kerana sudi mampir,
DeleteSaya juga masih baru dan mohon tunjuk ajar juga.